!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Transitional//EN" "http://www.w3.org/TR/xhtml1/DTD/xhtml1-transitional.dtd">
i heart elmo






Hai hoi hee ohoooohoi. Selamat hari hujan yihaaaa! Sesungguhnya pemilik blog ini sedang menghitung hari hendak berperang sambil goyang kaki di depan lappy. ha ha ha :)


Nurul Nabilah. Balik dari tuisyen addsn tadi nabila ajak teman beli kasut. dengan itu aku bersetuju dan berkata 'pergi pasar jumaat jom, aku lapar'. balik, hantar motor sbb minyak kering then membonceng lah dua sekawan ini ke tanjung dan apa kejadah je aku menulis ayat skema nak mati ni? sampai dekat mersing kanan je hujan makin lebat like raining cats and dogs huhu. dengan selamberrr nye nabila menyusup masuk like 'supp' kt halaman rumah orang.  nak tumpang berteduh katanya.

hujan macam teduh then kitaorang meneruskan perjalanan ke tempat yang dipenuhi makanan tu aummmmm !
nak dipendekkan cerita, kitaorang jalan dalam hujan . oleh itu perut menjadi lapar. apabila perut lapar, selera makan meningkat dan nafsu makan juga meningkat. dengan ini, duit akan semakin berkurang. haaa, begini lah caranya jawab paper Ekonomi Asas yer kawan-2 sekalian. memang banyak perkataan MENINGKAT dan MENURUN atau BERTAMBAH dah BERKURANG digunakan. heeee ~

k sambung sambung. bila tak tahan sangat sejuk, we berteduh kat khemah jual otak-otak. memang mencabar kesabaran lah bau makanan dekat situ. nak taknak beli lah jugak otak-otak kan while tunggu hujan teduh. hujan teduh je, terus supp sappp supp sapp balik. singgah kedai kasut. pilih pilih pililh kasut sekali Azan Maghrib. kelam kabut sampai kasut pon tak beli muehehe .

moral of the story, nak dekat spm ni mmg sesuai sgt lah kan berhujan . cari penyakit. :) bye

|


copyright blogskin byschaaalhassan